Thursday, 16 January 2014

SMK Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wangsa ini telah bermula awal tahun 2000 dan mula beroperasi pada Jun 2002. Matlamat awal penubuhan sekolah ini bertujuan menampung jumlah pelajar yang terdiri daripada jumlah penduduk taman yang berdekatan seperti Taman Puteri Wangsa dan Taman Bukit Jaya. Kawasan perumahan yang semakin bertambah pesat turut menambah jumlah bilangan penduduk. Hal ini menyebabkan berlakunya pertambahan pelajar dan perlunya sebuah lagi sekolah dibina memandangkan hanya ada sebuah sekolah menengah yang berdekatan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram. Diharapkan dengan pembinaan sekolah ini dan kemudahan yang disediakan, pelajar kawasan berhampiran dapat belajar dengan selesa. Keadaan ini sudah tentu dapat merealisasikan wawasan bagi melahirkan masyarakat yang berilmu. 

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT  SEKOLAH

Sekolah berhasrat meningkatkan prestasi kelulusan peperiksaan PMR dan SPM di samping membentuk bakat kepimpinan dan sahsiah mulia di kalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum. Pencapaian matlamat ini diransang oleh kecekapan pengurusan hal ehwal murid dan keceriaan serta fizikal yang cemerlang.

OBJEKTIF SEKOLAH

Menyediakan pendidikan yang terancang dan rapi dengan memastikan pencapaian setiap mata pelajaran mengikut perancangan dan tenaga pengajar yang mencukupi serta dilengkapi latihan-latihan terkini. Memastikan aktiviti-aktiviti kokurikulum berjalan lancar dengan pengurusan yang cekap dan memberi peluang kepada semua pelajar menceburi secara aktif. Melahirkan pelajar-pelajar yang patuh kepada perauturan sekolah, beraklak mulia dan berdaya saing dalam pelajaran. Mewujudkan persekitaran yang menarik, segar,bersih dan indah.